html counter
html counter
Statistik Pelawat
MENU UTAMA
Waktu
Berita Terbaru
  • Ayam kampung segar
  • Ikan keli
  • Telur Ayam Kampung
    Berminat dengan telur ayam kampung? Kami juga menjual telur ayam kampung dengan harga 50sen sebiji. (TERHAD)
    Info Ayam Kampung
    Thursday, June 18, 2009


    Asal-usul Ayam Kampung

    Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia sejak zaman nenek-moyang kita lagi. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu-balik, ayam selasih, ayam janggut, ayam laga, ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

    Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung dipasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersial. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersial yang dijual dipasaran.

    Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat,belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagung, ubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.

    Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.

    Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.


    Keistimewaan ayam kampung :

  • Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi dipasaran.
  • Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  • Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  • Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  • Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  • Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.


  • Tujuan Memelihara Ayam Kampung

    Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

      • Telur dan daging untuk makanan keluarga

      • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan

      • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.


    Pemakanan Ayam Kampung

    Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

    1. Makanan komersil/dagangan

      • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)

      • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)

      • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

    2. Makanan Campuran atau Sisa Makanan

        • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa

        • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek

        • Ikan baja dan lain-lain


    Penetetasan Telur dan pembiakkan

    Telur ayam kampung ini diperolehi dari ayam kampung yang menetas di dalam reban ayam atau dimerata tempat yang dikira selamat dari sebarang gangguan haiwan lain. Musuh utama ketika ayam kampung ini bertelur ialah biawak, ular, dan sebagainya yang cuba memakan telur-telur ayam kampung ini. Ayam kampung ini bijak dalam proses mengeramkan telurnya dan memakan masa sehingga 21 hari baru menetas.

    Musuh utama bagi anak-anak ayam kampung yang baru menetas ini ialah pada waktu siang ianya sering diganggu oleh burung helang, kucing dan burung berilau ,manakala sebelah malamnya ia sering diganggu oleh musang danburung hantu. Kejayaan ternakan ayam kampung ini bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik.

    Ayam kampung ini melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi iaitu 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina dan kebiasaan ibu ayam kampung ini boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.


    Tanda-tanda ayam berpenyakit

  • Ayam yang tidak mahu makan atau berkeliaran mencari makanan sendiri.
  • Lembik, lemah dan tidak aktif.
  • Pucat serta keluar hingus atau lendir dari hidung
  • Najisnya cair atau berdarah
  • Gangguan saraf pada ototnya seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

  • Kawalan Dan Pencegahan Penyakit

    Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

      • Warisan

      • Pemakanan

      • Pengurusan

      • Persekitaran

      • Jangkitan

    Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

      • Reban sentiasa bersih

      • Anak ayam bebas dari penyakit

      • Jauh dari ternakan dan haiwan lain

      • Pelawat perlu dikawal

      • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan

      • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

      • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

    Program Pencegahan penyakit

      • Umur 1 hari - Sampar Ayam "F" (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

      • Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar "F"

      • Umur 6 - 8 minggu - Sampar " S "

    posted by administrator @ 8:28 PM   0 comments
    Senarai Tajuk
    Lain-Lain
    Links Akhbar Harian
    Produk Kami

    Terima Kasih
    © 2005 khasiat ayam kampung Blogspot Template by ayzfarm.com